Lestari (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lestari
Juga dikenali sebagai
Restu (1984-89)
Berasal dariKlang, Selangor Selangor, Malaysia Malaysia
GenreHeavy metal, glam rock, slow rock, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1984–1998, 2000–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Stings, Kamal Halim, Kamal Bahrin, Lan Laga, Juwie, LY & Baiduri
AhliWan (vokal utama)
Amir (gitar utama)
Carlos (bes)
Kanang (dram)
Arbond (keyboard)
Bekas ahliKamal (gitar utama dan irama)
Hamzah (gitar irama)
Ilham (gitar irama)
Rehan (bes)
John (bes)
Sham (dram)

Lestari merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Klang yang diasaskan oleh Kamal Bahrin dan Kanang. Setelah perubahan beberapa anggota awal sehinggalah kemasukan dua orang ahli baru iaitu Hamzah (gitar irama) dan Wan (penyanyi), nama 'Lestari' yang diilhamkan oleh Kamal Bahrin. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu.

Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi. Mereka dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Air Mata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu, Tatirana dan banyak lagi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1984 dengan nama Restu dan diasaskan oleh Kamal (gitar utama), Kanang (dram), Rehan (gitar bes), Ilham (gitar irama) dan Man Kala (penyanyi). Mereka sempat berhibur di kelab-kelab malam, majls perkahwinan dengan menggunakan nama Restu. Pada hampir tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Ilham (gitar irama) dan Man Kala (penyanyi) menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Hamzah (gitar irama) dan Wan (penyanyi). Ketika Hamzah dan Wan menyertai Restu pada hampir penghujung tahun 1988. Setelah empat tahun, Restu bersama Hamzah dan Wan buat pertama kali bertemu kembali ketika majlis perkahwinan kakak angkatnya Kamal. Ketika gabungan dua orang itulah Restu bersama Hamzah dan Wan tidak dapat menahan perasaan sebak, berpeluk-pelukan dan menitiskan airmata khususnya antara Wan dan Kamal yang buat julung kali berjumpa dan menegur di antara mereka semenjak Hamzah dan Wan menyertai kumpulan Restu pada tahun 1988. Dengan kesempatan pertemuan pertama dua orang itu Restu bersama Hamzah dan Wan bergabung untuk menghiburkan majlis perkahwinan tersebut dengan membawakan lagu Metallica, Van Halen dan Bon Jovi. Ia menjadi kenyataan tepat oleh peminat-peminat. Dengan kata sepakat penggabungan dua orang Restu bersama Hamzah dan Wan telah menunaikan permintaan dari ramai pihak serta mengubati kerinduan peminat-peminat setia Restu. Pada tahun 1989, mereka dijenamakan semula sebagai Lestari, yang bermaksud 'kekal abadi'. Pada tahun 1991, Lestari pada asalnya adalah beraliran heavy metal dan berpenampilan rambut panjang ala glam rock metal. Ketika itu mereka menubuhkan menyertai pelbagai pertandingan muzik yang diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bakat dan kemahiran mereka membuatkan mereka berjaya ditawarkan menjadi artis rakaman. Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir Pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut. Ternyata lagu-lagu dendangan Lestari diminati ramai bukan sahaja di tanah air, mahupun di negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura dan menjadikan Lestari antara kumpulan muzik yang amat popular pada era 90an.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Awal penubuhan (Restu 1984-1989)[sunting | sunting sumber]

  • Man Kala / Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Ilham / Hamzah (gitar)
  • Rehan (bass)
  • Kanang (dram)

Album Fieza Khalila (1991)[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Hamzah (gitar)
  • Rehan (bass)
  • Kanang (dram)

1993-1995[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Amir (gitar)
  • John (bass)
  • Kanang (dram)

1996-2000[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Amir (gitar)
  • Carlos (bass)
  • Kanang (dram)

Album Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Amir (gitar)
  • Kamal (gitar)
  • Carlos (bass)
  • Kanang/Samsul (dram)

Album Dua Jiwa Satu Cinta (2004)[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Amir (gitar)
  • Kamal (gitar)
  • John (bass)
  • Syam (dram)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Fieza Khalila (1991)
  2. Tatirana (1993)
  3. Terima Kasih (1995)
  4. Aku Yang Terpilih (1996)
  5. Satu Hati (1997)
  6. Airmata Saksi Cintaku (1998)
  7. Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)
  8. Dua Jiwa Satu Cinta (2004)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Koleksi Hits (1997)
  • Koleksi Hits 2 (1998)
  • Best Of Lestari (1999)
  • Koleksi Emas (2002)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]